Kau lelaki ke perempuan dik ?

Assalammualaikum

Sebelum tu, Jom tekan SINI !

 

Tersebutlah kisah pada 20hb Jun 2013 *semalam okeyy. Sekolah aku hari sukan sekolah + hari keusahawanan pada hari dan waktu yang sama. Then, masa nak buat pengumuman siapa yang menang siapa yang kalah. Ada satu group budak perempuan, aku rasa form 4 kott. Aku pon manalah kenal sangat bebudak ni. Aku seorang senior yang baikkk kan? Ok, ini gempak.

Masalah utama yang aku nak sampaikan ialah aku sungguh amat sangat tak berkenan dengan perangai dorang. *ohh, teruknya tatabahasa aku. Aku cuma nak menggambarkan betapa tak berkenannya aku dengan perangai mereka :)
Dorang bukanlah musuh aku, aku ni baikk okeyy ! tak pernah bergaduh-gaduh dalam sekolah. -.-'

Ok, straight to the point. Bila time rumah sukan dia menang. Cara bersorak dia macam JDT jaringkan goal je. Aku tau dia excited. Tapi dia perempuan kot. Lelaki pon tak bersorak macam dia. Aku dahla tengah panas sejak jerebu ni, tengok perangai dia makin panas macam duduk depan unggun api pulak.

Aku dah mula fikir nak rebus dia dalam periuk panas je biar dia rasa betapa panasnya hati aku. Atau pon yang paling teruk aku terfikir nak buat pon spin dia dalam washing machine 7 kali lepas tuh letak softlan 3 botol. *grrr

Aku cubalah mendiamkan diri nak tengok permainan dia. Makin aku biar makin menjadi-jadi bak barah yang menular dengan pantasnya. amboi ayat, bangga cikgu BM aku. Sampaikan aku terpaksa tengok kapal terbang dekat langit nun untuk mereda kan sakit hati aku. ufthhh.

Setelah beberapa minit aku tengok dia macam tak reti nak diam, aku mulalah memperdengarkan dorang suara aku yang merdu ni.

"Dik, akak tau rumah kau menang. Tapi diam sikitla"

Ok, aku memang seorang kakak senior yang berhemah okeyy ! HAHA. ok, tak kelakar. Mula-mula aku rasa kira-kira awal 5 minit dia diam la kan. *ok, aku bangga bila dapat mendiamkan dorang. siap angkat-angkat kening dengan member sebelah. Tapi tak sempat nak tunjuk puas hati aku tetibe dia main balik. Boleh hilang deria pendengaran aku saat dia mengeluarkan suara ala-ala bini tarzan. *grrr

Member aku pon dengan lagaknya pergilah depan dia. Tenung dia lama-lama and blah. Okey, itu tak lawak gila ! Itu psycho okeyy.. Tapi still tak boleh menguncikan mulut dia tuu.

Bila hati aku dah panas, duduk pon macam dekat depan unggun api. Aku mula mempamerkan suara lunak aku sekali lagi.

"Dik, akak bajet kau nanti takde suarala seminggu ni. Terjerit-jerit. Tak penat ke?"

Dengan jayanya aku dapat menggamkan mulut dia ! Aku bukanlah nak tunjuk psycho ke hapeh kan. Tapi kau perempuan dik. Tak manislah terjerit-jerit terpekik-pekik macam cik ponti. Cik ponti tu pon sopan kot jerit sensorang bukan depan lelaki even dia nak menakutkan lelaki. Ok, tak kelakar.

Nota kaki : Walopon korang ada dekat mana-mana mahupun dekat stadium tengok bola. Silalah hormat penonton lain. Jangan memalukan diri sendiri terutama perempuan.




♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan

Assalammualaikum.
Salam semasam manis strawberry.

Sebelum itu. Jom tekan SINI !

Peringatan, diharap bersabar dengan segala carutan entry..
Etry ini panjang berjela.. diharap bersabar dan keep on reading !

 
A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda?  

13 tahun.. sebabnya time tu aku dah rasa bangga bebeno laa.. boleh berlagak dengan budak sekolah rendah "gua dah matang, gua dah cun, gua dah jumpa abang abang hensem, gua dah pakai kain sekolah warna biru"
*yess, kinda annoying ! :p
Paling best, bila aku dilantik menjadi pengawas sekolah. Aku rasa akulah yang paling hot + meletop gitu..
*padahal pengawas je pon. Belum ketua pengawas. Adehhh..
Dah ada rasa nak melawa. Dah pandai menggedik nak berpakwe. Dah pandai menggedik nak suruh mak belikan henpon. Walopon 3310. #3310islegend
Ok, kau pikir kau gedik gedik mintak mak henpon.. ingat dapat?!
Paling mengharukan, aku rasa aku antara tercomel disitu. Ok, memang gempak. Jangan cakap kak ton paling comel ! Aku rebus dalam kuali kang -.-'

B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

Aku konpius nak label kan kenangan ni kenangan manis ke kenangan pahit..
Ok, masa tu aku dengan member sekelas bercadang nak menceriakan kelas yang aku rasa lebih elok dilabel stor bagi aku. Memang teruk ! So, dengan hati separa ikhlas pergilah mengemas kelas yang tak serupa kelas itu. Memang sibuk betul dihiasi dengan bunyi ketukan penukul besi. Syahdu gila katekoooo !
Setelah siap semua, kiteorang semua cadang nak balik.
Then, you know what ?! Semua pagar berkunci..!!
Memang menggelabah aku. Berlari-lari kiteorang cari pagar yang tak berkunci ala-ala lari berpagar secara beregu. Tapi malang memang busuk ! Takde pon !
Gua rasa gua nak smack down je pak guard ni.. Punyela bising kelas siap ada yang menukang macam orang nak buat kenduri bagai. Boleh dia tak dengar.. -.-'
Dan dikatakan pakcik tu akan datang balik lepas maghrib. Ok ! Ini memang gempak dan gua bercadang dah nak solat maghrib berjemaah bersama-sama.

Aku dengan member semua cadang nak terjun bangunan je ! Ohh, serius ! Tinggi kot..
Mau masuk metro page depan..
"6 Orang Pelajar Terjun Bangunan Gara-Gara Pak Guard Tak Dengar Bunyi Bising Di Kelas dan Selamba Mengunci Pintu Pagar"

Disebabkan memang takde cara lain. Kiteorang semua ambil keputusan TERJUN ! bak kata leonardo dicaprio "You jump, I jump !"

Nasib baik member laki aku ni ada sifat tanggungjawab. Pergi tolong cari kerusi ! Tapi apala sangat kerusi ! Ko ingat ni nak terjun katil ke apa oii !! Disebabkan mulut aku yang membebel tak henti henti. Dorang carilah satu tangga. 
Sesungguhnya aku amat terharu sehingga nak menitis air mata menengok kawan lelaki aku dah ada sifat kematangan dalam diri mereka. Aku ingat dia nak tinggal aku sensorang macam banduan kena penjara di situ.
 Setelah selamat mendaratkan kaki aku di lantai. Aku ternampak sorang ustazah dari satu bangunan lain dengan selamba menarik pintu pagar itu dengan hati yang ceria !

Yeayhhhh ! gua rasa gua nak balik sorok muka bawah bantal je time tuuu -.-'

Moral of the story : Sila check semua pintu pagar !

Kawan aku ada sorang cakap, eleh. tak kelakar.. dia lagilah kelakar dah on the way nak panjat tembok tingkat 3 and terjun.
#kepala hotak kau kelakar.. itu dah buang tebiat dan sengaja mintak pihak metro, utusan, kosmo, TV3, Astro papar cerita dia -.-'

C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?

Zaman aku form 5 ! Masa tu aku ni memang gila dengan facebook, twitter, blog dan seangkatan dengannya.
Gua rasa SPM lama lagi. Awal bulan gua tetap cakap gua punye bulan honeymoon.
Time tuu, ujian yang pertama kira lagi berapa bulan nak SPM.. Nak exam matematik tambahan. Tapi, gua rasa gua macam nak exam bahasa melayu kertas 1 masa gua UPSR dulu. Ok tak kelakar. Selamba badak. Macam tak exam. Siap main game plant & zombie lagi.
Sampai waktu exam aku konpiden boleh jawab.. lagipon kalau aku fail pon, kengkawan mesti ada yang fail jugak. 
Bila dah lepas exam.. tunggu keputusan...
Hambik kau !
20/100 ! Ok, memang gempak.
Kengkawan aku yang lain masing-masing B ke atas.
Masa tuu, barulah aku tau erti penyesalan :p
Kira sinar keinsafan dah ada dalam diri.

Nota kaki : Zaman persekolahan sangat menyeronokkan. So, sekolahlaa sampai habis !



♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

Segmen Topup By Emas Putih Part #3

As-Salam


Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.

Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013


♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

Segmen 3 Hari Bersama Puan Qaleshya


Assalamualaikum


Jemput join segmen ini. Berlangsung 3 hari sahaja !!
Hadiah : Topup RM5 x 10 
Tarikh tamat : 9 Jun 2013 (Ahad) 11 : 59 malam



♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

Contoh Jawapan Kertas Soalan Yang Mengarut !

Assalammualaikum.
Salam semasam manis strawberry.

Contoh jawapan murid sekolah yang wajib dibagi kaki -.-'

Jom tekan SINI !

 


 


 


 


 

Nota kaki : Semua pengaruh internet ni.. kelakar pon ada :p

♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥